ALUAN MUDIR
Selamat Datang ke portal rasmi sekolah.....Terima kasih...... #kita mesti menang.................Masa lalu adalah kenangan..............Hari ini adalah kenyataan.............Esok hari adalah harapan.............SELAMAT TAHUN BARU 2021
  • Kemaskini :Sabtu 08 Januari 2022, 03:58:49.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 

        Sebagai pembuka kata, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi ruang dan kesempatan berharga ini. Syabas kepada Ahli Jawatankuasa Laman Web SMU (A) Diniah kerana mampu merealisasikan laman web rasmi sekolah. Ucapan terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga atas usaha dan komitmen yang diberikan kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan laman web SMU(A) Diniah. Terima kasih juga kepada PIBG yang menyokong penuh usaha murni ini.
 

        Kepada semua warga terutama pelajar-pelajar yang dikasihi, mulakanlah tahun ini sebagai tahun untuk mencapai kegemilangan seperti mana yang telah ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Yayasan Islam Kelantan. Kepada pelajar-pelajar SMU(A) Diniah, saya menyeru agar sentiasa mempersiapkan diri dan minda dengan ilmu duniawi dan ukhrawi supaya dapat berhadapan dengan cabaran dunia globalisasi dan seterusnya mampu mencapai wawasan 2020 dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.
 

        Kepada seluruh warga SMU(A) Diniah, saya berharap agar dapat berkhidmat dan melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan agar dapat menjana potensi murid ke tahap yang optimum sekaligus memartabatkan SMU(A) Diniah sebagai institusi pendidikan cemerlang yang mampu melahirkan generasi terbilang minda kelas pertama yang dapat bersaing di persada antarabangsa.
 

        Akhir bicara, saya amat menaruh harapan yang tinggi agar pelajar-pelajar di sekolah ini mempunyai sahsiah dan akhlak yang mulia. Kesungguhan dan komitmen seluruh warga SMU(A) Diniah serta ibu bapa sudah tentu dapat melahirkan generasi pelajar yang berilmu, dinamik, progresif dan berdaya saing dalam menghadapi pelbagai aspek kehidupan dan menjadi insan yang kamil. Semoga segala kejayaan yang telah kita capai pada masa ini akan menjadi inspirasi untuk kita pada masa mendatang dalam melahirkan GENERASI AL-FATEH.
 

BERKAT CEMERLANG LESTARI
Sekian, terima kasih.

Pautan 
                                              

Hubungi Kami

SMU (A) Diniah
Kampung Bongor
17000 Pasir Mas
Kelantan
Tel    :011-65733899
email: smuadb@gmail.com
      
    Lokasi Kami

Penafian

SMU (A) Diniah tidak bertanggung jawab atas perkara tidak diingini atau kerugian
yang disebabkan oleh maklumat yang diperolehi dari laman portal ini.


Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © SMU (A) Diniah 2019

PETA LAMAN

Statistik Pelawat

Pelawat Hari Ini21
Pelawat Minggu Ini362
Pelawat Bulan Ini1340
Jumlah Pelawat12480