
3 April 2019 - Satu lawatan sambil belajar telah berjaya diadakan dibawah anjuran Panitia Sejarah, Panitia Pendidikan Islam dan Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Seramai 38 orang murid sekolah rendah menyertai program lawatan ini.
Objektif lawatan pada kali ini adala untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua peserta tentang semua tempat yang dilawati. Seramai 5 orang guru terlibat dalam lawatan kali ini. Antara tempat yang dilawati adalah Masjid Muhammadi , Istana Jahar, Kampung Kraftangan, Nordin Batik, Splash Water Park dan RTM (Kelantan FM).
Sila layari galeri untuk lebih gambar aktiviti.