- Butiran
- Ditulis oleh Webmaster 1
- Kategori: Blog
- Jumlah paparan: 6544



PUAN SITI ZURAIDAH BINTI MOHAMED
KAUNSELOR SEKOLAH
- Butiran
- Ditulis oleh Webmaster 1
- Kategori: Blog
- Jumlah paparan: 6453

30 Disember 2020- Satu majlis penyampaian sumbangan banjir telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Terbuka sekolah pada petang ini. Program ini adalah anjuran bersama Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) , Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM) dan SMU (A) Diniah. Sumbangan disasarkan kepada penduduk sekitar Kampung Bongor, Kampung Lanchang, dan Kampung Kelawar. 200 keluarga mendapat sumbangan berupa bahan makanan asas, voucher dan duit sumbangan. Diharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban mereka yang terlibat dengan banjir.
- Butiran
- Ditulis oleh Webmaster 1
- Kategori: Blog
- Jumlah paparan: 5621

8 Januari 2021- Tahun baru 2021 tiba lagi membawa episod baharu bagi SMU (A) Diniah. Bak kata pepatah, "Masa lalu adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan hari esok adalah harapan". Lembaran tahun baru tahun ini bermula dengan episod banjir yang saban tahun melanda kawasan ini. SMU (A) Diniah sekali lagi menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi masyarakat sekitar sekolah. Seramai 40 orang dari 8 buah keluarga telah mendaftar disini. Pelbagai bantuan dari pelbagai pihak disalurkan kepada mangsa banjir yang menginap disini. Semoga semua yang terlibat tabah menghadapi ujian dan jutaan terimakasih kepada semua petugas petugas yang terlibat di PPS SMU (A) Diniah.
- Butiran
- Ditulis oleh Webmaster 1
- Kategori: Blog
- Jumlah paparan: 6555

19 November 2020- Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Laman Web sekolah sekolah negeri Kelantan telah berlangsung di Bilik Gerakan Negeri di Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Kelantan. Alhamdulilah pada tahun ini pihak sekolah mendapat tempat keempat bagi pertandingan ini. Tempat pertama disandang oleh Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Beta Hulu. Semoga pihak sekolah akan terus cemerlang dan menambahbaik fungsi laman web sekolah pada masa mendatang. Terimakasih juga diucapkan kepada pihak BPTM SUK Kelantan atas sokongan dan khidmat bantu dalam mengurus selia laman web secara percuma.