SEJARAH SEKOLAH
  • Kemaskini :Sabtu 08 Januari 2022, 03:58:49.
Selamat Datang ke portal rasmi sekolah.....Terima kasih...... #kita mesti menang.................Masa lalu adalah kenangan..............Hari ini adalah kenyataan.............Esok hari adalah harapan.............SELAMAT TAHUN BARU 2021
      

        SMU (A) Diniah, Kg Bongor atau nama asalnya ialah
Madrasah Diniah Bongor telah didirikan di atas sebidang tanah wakaf di Kampung Bongor, daerah Alor Pasir Jajahan Pasir Mas, Kelantan. Jaraknya dari bandar Pasir Mas ialah kira-kira sepuluh kilometer.

       Sekolah ini diasaskan pada tahun 1971. Pada peringkat awal, pengajian dimulakan di atas sebuah surau, oleh kerana keadaan bertambah maju, maka kedudukan tempat pengajian terpaksa dipindahkan ke sebuah bangunan bangsal yang diperbuat daripada buluh dan beratapkan rumbia dengan keadaan yang serba kekurangan.

​    Pentadbiran sekolah pada peringkat awal berjalan dengan cara tersendiri menerusi persefahaman antara dua orang guru pengasas iaitu Ustaz Zakaria bin Che Mod dan Ustaz Idris bin Mat Diah. Mereka telah sanggup bertungkus-lumus dalam menjayakan peringkat asas pelaksanaan sekolah in. Pengurusan awal pentadbiran sekolah ini diletakkan di bawah naungan Madrasah Alfalah Kg Siram sebagai sekolah cawangan.

     Menjelang tahun 1972 guru pengasas utama iaitu Ustaz Zakaria bin Che Mud telah mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh Ustaz Osman bin Awang. Beliau terus berkhidmat bersama beberapa orang guru yang lain sehingga pihak Yayasan Islam Kelantan merestui dan bersetuju untuk memberi taraf persendirian pada tahun 1980. Sejak itu Ustaz Osman bin Awang dilantik sebagai Guru Besar 

      Pada 12 Ogos 2008, SMU (A) Diniah Kg Bongor ini telah didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bersama-sama dengan 21 buah sekolah agama yang lain di negeri Kelantan ini. Kini, perubahan yang begitu ketara telah berlaku terutamanya dari segi infrastruktur seperti penambahbaikan bangunan sekolah, pembinaan kantin baru sekolah, kemudahan elektrik, air, kemudahan ICT dan sebagainya.

    Di harapkan SMU (A) Diniah Kg Bongor akan menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang cemerlang dalam melahirkan generasi yang beriman dan bertaqwa.

    "BERKAT CEMERLANG LESTARI"

Pautan 
                                              

Hubungi Kami

SMU (A) Diniah
Kampung Bongor
17000 Pasir Mas
Kelantan
Tel    :011-65733899
email: smuadb@gmail.com
      
    Lokasi Kami

Penafian

SMU (A) Diniah tidak bertanggung jawab atas perkara tidak diingini atau kerugian
yang disebabkan oleh maklumat yang diperolehi dari laman portal ini.


Penafian | Dasar Privasi & Keselamatan | Notis Hakcipta

Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 800
Hakcipta © SMU (A) Diniah 2019

PETA LAMAN

Statistik Pelawat

Pelawat Hari Ini21
Pelawat Minggu Ini1310
Pelawat Bulan Ini21
Jumlah Pelawat302963